top of page
Plain Yellow Background

KISAH KAMI

Kunafa San lahir daripada impian kecil yang akhirnya menjadi kenyataan dengan membawa kunafa yang benar-benar sedap ke Tanjung Malim, khasnya buat komuniti di UPSI. Sebagai sekumpulan pelajar yang gemar mencuba makanan Timur Tengah, kami sering kecewa kerana sukar menemui kunafa yang betul-betul autentik dan memuaskan selera.

Daripada kekecewaan itu, timbul satu idea: Kenapa tidak buat sendiri? Tapi kami tak mahu sekadar meniru. Kami mahu lebih dari itu. Kami mahu mencipta kunafa yang diinovasikan dengan perisa moden yang sentiasa dekat dengan hati rakyat Malaysia. Itulah permulaan perjalanan Kunafa San—dari dapur kecil dengan harapan besar hingga ke setiap gigitan yang dinikmati hari ini.

kunafa
" Perjalanan Manis Bersama Kunafa San "

CIK SARA, PEMILIK KUNAFA SAN

Red Paint

BIODATA PEMILIK KUNAFA SAN

Nursarah Rezkia Binti Memmeng merupakan pemilik Kunafa San, seorang usahawan muda yang mempunyai minat mendalam dalam dunia perniagaan dan pembuatan dessert. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Sains Kejurulatihan) Dengan Kepujian, beliau mempunyai pengalaman bekerja di kedai makan dan restoran, yang memberinya pemahaman mendalam tentang industri makanan. Minatnya terhadap kunafa bermula daripada kecintaannya dalam membuat dessert, di mana beliau sentiasa berusaha mencipta kunafa yang sempurna—rangup di luar, lembut di dalam, dan kaya dengan rasa yang autentik. Selain mengurus perniagaan, beliau juga gemar membaca buku dan bereksperimen dengan pelbagai resipi dessert baharu.

owner
logo

INSPIRASI NAMA 'SAN' & CABARAN AWAL

Nama “San” bukan sekadar nama biasa. Dalam budaya Jepun, “San” melambangkan penghormatan dan itulah prinsip yang kami pegang sejak hari pertama. Kami menghormati seni pembuatan kunafa, setiap lapisan keju yang meleleh, setiap helaian pastri yang rangup dan yang paling penting setiap pelanggan yang sudi menikmati kunafa kami.​

Pada awalnya, perjalanan ini penuh dengan cabaran. Bukan mudah mencari bahan terbaik, bukan senang mencipta resipi yang sempurna. Ada masa kunafa jadi terlalu manis, ada hari teksturnya tak seperti yang kami bayangkan. Tapi kami tak pernah putus asa. Dengan semangat, sokongan rakan-rakan dan kepercayaan pelanggan kepada kami, Kunafa San perlahan-lahan menempa nama di Kafe KUO UPSI, kawasan sekitar UPSI dan telah mula dikenali di sekitar Tanjung Malim.​

Hari ini, setiap kali seseorang menikmati kunafa kami, ia bukan sekadar pencuci mulut. Ia adalah kisah perjuangan, usaha tanpa henti dan impian yang akhirnya menjadi kenyataan.

MISI

Kami ingin menjadikan Kunafa San sebagai nama yang sinonim dengan perniagaan kunafa lain yang berkualiti tinggi di Malaysia. Dengan cita rasa autentik, inovasi berterusan dan standard premium, kami bercita-cita untuk membawa Kunafa San ke peringkat yang lebih luas, dikenali dan disukai oleh semua masyarakat tanpa mengira bangsa, umur dan sebagainya.

VISI

Kami di Kunafa San bertekad untuk menjadi perniagaan kunafa terbaik di Tanjung Malim dan terus berkembang ke lebih banyak lokasi. Setiap kunafa yang dihasilkan bukan sekadar pencuci mulut, etapi satu pengalaman yang penuh dengan rasa kemewahan dalam setiap gigitan serta kepuasan dalam setiap suapan.

OBJEKTIF

  • Menawarkan kunafa berkualiti tinggi dengan bahan terbaik dan rasa yang konsisten.

  • Memperkenalkan lebih banyak variasi perisa yang menarik dan sesuai dengan selera tempatan.

  •  Mengembangkan cawangan Kunafa San ke lebih banyak lokasi strategik.

  • Menjadikan kunafa sebagai pencuci mulut pilihan ramai—daripada pelajar UPSI hingga seluruh Malaysia.

  • Mengekalkan harga yang berpatutan tanpa mengorbankan kualiti dan pengalaman pelanggan.

bottom of page