

TENTANG KAMI
Kunafa San KUO UPSI ialah sebuah perniagaan kecil yang beroperasi di Kafe Kolej Ungku Omar (KUO), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang terletak di Kampus Baru, Proton City, Tanjung Malim. Perniagaan ini dikenali dengan pencuci mulut dari Timur Tengah iaitu Kunafa yang merupakan produk utama mereka. Selain kunafa, mereka turut menyediakan hidangan sampingan seperti baby pancake dan biskut yang akan menambahkan lagi daya tarikan perniagaan ini kepada pelbagai golongan pelanggan.

SEJARAH KUNAFA :
DARI TIMUR TENGAH KE MALAYSIA
Kunafa adalah pencuci mulut istimewa dari Timur Tengah yang telah wujud sejak zaman Kesultanan Umayyah pada abad ke-7. Dikatakan bahawa ia mula dicipta untuk memberi tenaga kepada pemimpin Islam semasa berpuasa. Dari sana, kunafa berkembang ke negara seperti Mesir, Turki, Palestin, Syria, dan Lubnan dan setiap tempat mempunyai gaya dan resipi tersendiri.
Di Malaysia, kunafa semakin popular dalam beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya dengan kehadiran restoran Arab serta pengaruh pelancong dari Timur Tengah. Ditambah dengan trend media sosial, kunafa kini menjadi kegemaran ramai. Malah, resipinya telah diolah dengan sentuhan tempatan seperti kacang pistachio, coklat dan keju leleh yang menjadikannya pencuci mulut yang unik dan digemari oleh rakyat Malaysia.
KUNAFA SAN

TESTIMONI PELANGGAN
Lihat apa kata pelanggan setia Kunafa San!! Berikut adalah video testimoni mereka tentang pengalaman menikmati hidangan kami.


" KUNAFA SAN
LOVERS UNITE "
















MAKLUM BALAS PELANGGAN
"THE PERFECT DESSERT FOR ANY OCCASION"
“Kunafa San menyediakan pengalaman makan kunafah yang rangup di luar dan lembut berkeju di dalam. Semua perisa yang ditawarkan sangat sedap dan gemar dimakan oleh semua peringkat umur.”
Alia, Pelanggan Setia Kunafa San
"CONSISTENTLY DELICIOUS"
" Kunafah dari Kunafa San ini paling sedap dinikmati ketika masih panas, dengan keju yang meleleh dan menarik! "
Nur, Peminat Kunafa
"THE NICEST STAFF SERVING THE BEST FOOD"
"Semua perisa di sini memang menggoda selera, sampai susah nak pilih yang mana satu jadi kegemaran! Dari Lumut Cheese, Red Velvet, hingga yang paling klasik, Kunafa, semuanya sedap gila!"
Yasmin, Penggemar Manisan